Friday, 13 January 2017

MELAMINE BERLAMINASI

Sekarang terdapat banyak bahan yang boleh digunakan dalam pembuatan perabut. Terutamanya kabinet. Yang kini sangat popular adalah papan atau panel melamine berlaminasi (akan di tulis sebagai Laminated Melamine)
Laminated Melamine adalah sejenis panel papan dari kayu yang diproses menjadi serbuk kayu yang kompakkan dengan tekanan yang amat tinggi menjadi sekeping panel. Kemudian dilaminasi dengan tekanan yang tinggi bersama kulit yang dicetak mengikut rekabentuk tertentu.
Ini adalah produk yang terhasil apabila kulit nipis ditekan pada tekanan yang tinggi 300-500psi untuk menjadi papan.
Ia sangat sesuai untuk digunakan dalam pembuatan pintu kabinet dapur kerana kualiti, ketahanan dan kepelbagaian warna.
Papan ini kalis air dengan syarat kulit laminasi masih kekal, tiada sebarang luka atau sompekkan.
Kerja- kerja akhir perlu dilakukan dalam menjadikannya pintu mahupun badan kabinet/perabut.
Pada kebiasaannya, pengusaha perabut menggunakan lapisan plastik Veneer berwarna sebagai kerja akhir menutup keliling papan tersebut.
Namun begitu, bengkel perabut akak kabinet menggunakan kepingan aluminium sebagai penutup keliling papan tersebut.
Ianya adalah untuk memberikan effect moden dan ketahanan yag lebih lama.

No comments:

Post a Comment

JENIS-JENIS SINKI : DAPUR

Gambor Sumber Wak Google Sinki Dapur Sering dikaitkan degan aktiviti mencuci pinggan mangkuk dan juga bahan basah ...